Tuesday, January 26, 2010

Petua Mencuci Hati


(Dari laman web Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah www.fadzilahkamsah.com)


Ditulis Oleh Mohd Aidil Yahya
Jumaat, 26 Jun 2009

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Ulasan: Hati adalah sumber kekuatan kita..Jika hati itu elok, maka eloklah seluruh tubuhnya. Jika hati itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Dalam hati itu letaknya Iman. Akhlak yang baik berinspirasikan hati yang tulus. Sempena Pilihan Raya UMP ini, saya menyeru kepada semua, undilah dengan hati yang tulus. Insyaallah, pandangan hati yang bersih akan memilih calon yang layak dan sesuai untuk anda

Monday, January 25, 2010

MAHASISWA PEDULI!!!!

Sebagai Mahasiswa Peduli...KIta hendaklah memikirkan isu yang realistik dahulu untuk diketengahkan pada sesi PRK UMP ini....sebenarnya byk isu di UMP ini yang perlu diketengahkan tatapi memerlukan masa yang panjang dan boleh dilaksanakan secara berperingkat...Maka...sela
ku calon MPP yang akan bertanding..saya akan membawa isu2 yang InsyaAllah dapat dilaksanakan dalam masa penggal setahun memegang tampok MPP... jesteru...marilah turun beramai2 MANIFESTO saya...

BEBERAPA ISU YANG AKAN SAYA BAWA:
1. KAUNTER TIKET BAS EXPRESS
2. LATIHAN INDUSTRI DAN YURAN
3. KAFE KK4
4. KEMUDAHAN SUKAN

Ayuh Beramai2..Undilah Saya....