Friday, January 15, 2010

ULASAN BUKU:CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH


Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan...

Aku diberi peluang oleh abang aku untuk meminjam buku die ni...sebuah buku yang membuka mata ak selaku seorang pelajar...malah merupakan sebuah buku bersifat motivasi yang ak rasakan cukup berharga...

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal telah menceritakan kebenaran kehidupannya untuk mencapai kejayaan dan membuka mata massyarakat kita pada hari ini...
Bagi aku..bersyukurnya dengan apa yang ada sekarang....

Buku ini mengandungi 15 bab yang menceritakan kehidupan hariannya sebagai muslimah yang hidup dalam suasana serba kekurangan,tidak pernah mendapat barang yang diidamkan serta terpaksa berlapar dan meletakkan islam sebagai cara hidup untuk mencapai kejayaan..dan diakhiri pendangan dan helaian2 akhbar menceritakan kejayaannya..



Terdapat beberapa motivasi yang dapat dikongsi dari buku ini:

1.Berserah kepada Allah SWT..Inilah model generasi baru yang ditunggu oleh rakyat malaysia terutamanya..Islam dan kehidupan tidak dipisahkan seperti kebanyakan kita sekarang...sekularisme,liberalisme menular seperti nila yang dititikkan ke dalam segelas air jernih.merebak dengan cepatnya...Kesempitan hidup tidak langsung mematahkan semangatnya untuk menjadi seorang ahli fizik islam...Sering menahan lapar dahaga dengan berpuasa untuk menjiimatkan perbelanjaan,bangun di awal pagi bersolat sunat, tidak meninggalkan solat sunat duha,solat diawal waktu, belajar bersungguh2...hormati guru2, ibu bapa dan rakan2...jelas disini...hubungan dengan Allah SWT dijaga sebaiknya...Dan kita dapat lihat...ketentuan Allah SWT..jika Allah SWT tidak mengizinkan madihah unutk berjaya, mungkin dia bukan seperti sekarang...jika kita imbau kembali sejarah dahulu..jikalah Allah SWT menentukan Nabi Muhammad tidak berjaya berhijrah ke madinah..mungkin keadaan berbeza sekarang...Maka meletakkan Allah SWT sebagai yang utama merupakan satu tindakan yang benar...tetapi..mestilah diringi usaha dan doa..

2. hidup dihimpit kemiskinan bukanlah penghalang untuk menuntut ilmu, jelas disini ramai masyarakat kita menggunakan alasan kemiskinan sebagai penghalang unutuk berjaya.Duit yang ada digunakan sepenuhnya untuk bahan bermanfaat oleh kedua ibu bapanya...JIka dilihat kembali kepada masyarakat kita hari ini..pakaian baru,televisyen,rokok,set karaoke umpamanya dapat dibeli,tetapi masih menyatakan tidak mampu untuk menghantar anak ke sekolah..mengapa???....tidakkah sedar kepentingan pelajaran anak-anak???...malah didikan agama turut tidak diberi sedangkan mereka sendiri masih tidak mengenal huruf dalam al-quran...tetapi bila ada majlis-majlis maksiat...karaoke no 1 cakap sama kau...ni senario masyarakat kampung hari ini yang ak sendiri nampak.

3. dengan ilmu, mengubah kehidupan...nik nur madihah jelas diumpamakan sebuah peti harta karun, di timbunan peti berisi emas yang hilang kuncinya, apabila ditemui kuncinya, maka orang disekeliling merasai rezeki dari peti tersebut. Begitulah yang berlaku kepada keluarga Nik Nur Madihah sekeluarga...Berkat darinya dengan keredhaan Allah SWT, mereka sekeluarga mendapat sebuah rumah yang baru, pakej menunaikan umrah yang ditaja sepenuhnya...Malah Madihah sendiri mendapat apa yang diinginkannya dahulu...laptop, handphone, buku2...katakan sahaja, semuanya keinginannya dulu sudah berada di depan matanya...tajaan2 pelajaran ke mana sahaja yang diingini diberi percuma...katakan sahaja...MARA, PETRONAS dan BANK NEGARA....dalam dan luar negara...istikharah sahaja....melimpah2 rezeki Allah SWT kepada nik nur madihah...Subhanallah...Madihah turut menjadi perangsang bagi remaja generasi masa kini untuk berusaha mendapat kejayaan...

4. rajin membaca dan mencintai ilmu....madihah belajar bukanlah seperti kebanyakan kita yang belajar untuk hidup mewah..malah ada diantara kita belajar sekadar paksaan ibu bapa...die menyatakan ilmu merupakan keperluan manusia...komen guru2...madihah seorang yang sering bertanya benda yang melangkaui silibus pelajaran begitu juga pada kertas jawapan...madihah menghabiskan masa lapang dengan membaca buku...menjadikan die gedung ilmu rakan2nya...dikatakan rajinnya madihah ni...sampai kamus pun sanggup disalin untuk menjimatkan wang dari membeli kamus...

Kesimpulan dari buku ni...x de pe pn..cuba la cari dan baca....terbitan Hijjaz Record Publishing...harga die dalam rm 26 jer....

No comments:

Post a Comment